peace =P

Sunday, March 1, 2009

dunia itu alat....





bismillah..

5.45am, bintulu

aq melihat keadaan campust aq sekarang da tak macam dulu...
dulu campus aq adalah saru campust yang sangat best pun..tapi sekarang ntah la..
pada aq melihat keadaan pemuda nya, pasti aq menangis dan bila melihat keadaan pemudi nya, mesti aq melalak....dan bila aq tengok keadaan diri aq sendiri, mesti aq terasa sangat lembap dan pemalas...

aq tak mampu nak same kan fikrah manusia same seperti yang aq fikir..aq lain, dan orang lain adalah diri mereka sendiri...

ramai pelajar-pelajar junior ku sibuk dengan kerja-kerja dunia...sehinggakan mereka berasa akhirat itu tidak wujud dan dunia itu lah yang pasti...
ada juga yang berkate..kita harus seimbangkan dunia dan akhirat..ehm,aq pening..
betul ker kite kene seimbangkan dunia dan akhirat...aq termenung sendiri mengenangkan betul ke dunia dan akhirat itu harus seimbang...

setelah lama aq berfikir, lantas otak ku memberi jawapan yang mampu hati aq terima...

mana mungkin kita akan seimbangkan sesuatu yang lansung tidak sama...
jika sistem barter dulu pun, kadar timbangan adalah berbeza mengikut kehendak penjual dan pembeli..ada yang menjual lembu seberat 153kg untuk mendapatkan 50kg beras...dan mungkin ade contoh yang selain itu...lantas aq berfikir, mana mungkin akhirat dan dunia itu mampu diseimbangkan....

dunia itu hanya alat ke akhirat...mana mungkin dunia yang sementara sama banyak nya dengan akhirat yang kekal abadi...

belajar, bekerja, beibadat...semua tu kita lakukan untuk supaya kita mampu hidup senang di akhirat....semua yang kita lakukan untuk akhirat...

benar, islam suruh kita belajar..kerana tanpa belajar kita tak mampu menjadi muslim contoh yang mantap...Rasulullah juga mengalami proses pembelajaran dalam hidupnya...setiap kali wahyu turun, itu adalah proses pembelajaran untuk baginda...dan semua itu dilakukan untuk memberitahu umat tentang hak akhirat yang kita tunaikan di dunia....

untuk akhirat jugak...semua untuk akhirat....
dunia itu cuma alat...bila kita menyebut "alat"..kita dapat tahu yang kita hanya akan menggunakan ia untuk menyempurnakan misi dan visi kita iaitu redha Allah dan pastinya syurga....

kita tak belajar untuk dapatkan dekan..kita tak belajar untuk dapatkan naib censelor..kita tak belajar jauh-jauh di oversea semata-mata kerana nak kerja yang gajinya besar...tapi kita belajar kerana ingin mengembangkan islam ke seluruh dunia...dan kenapa kita ingin kembangkan islam jika bukan kerana keimanan kita pada hari akhirat...

semua yang kita lakukan di dunia semata untuk akhirat...jadi bagaimana lah kita mampu kate kan bahawa "kita harus seimbangkan dunia dan akhirat" sedangkan dunia itu hanya mimpi dan akhirat itulah kehidupan yang abadi....

6.10 pagi, bintulu

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

try tengok

advice (10) aku (24) art (11) bestfrenz (2) cerpen diri (1) cinta (54) dakwah (16) daurah (19) diaries (95) english (11) fakta (1) family (1) free (5) friend (29) gaza (4) hadith (2) hurt (4) iklan (1) insaf (37) islamic (37) jihad (7) jiwakacau (16) lirik (10) love (55) lyrics (7) nasyid (7) o (13) palestine (7) perantau (12) photography (10) puase (7) sahabat (35) sajer jer (38) share (3) sharing (208) soalan (52) stalker (4) tazkirah (17) usrah (15) video (5) wordless wednesay (1)