peace =P
Thursday, February 24, 2011
another
hari nie...
there couple times my frenz said that i act like diktator...
suruh2 orang tanpa sebut perkataan "tolong" or "please"...
mungkin kesilapan aku sebab memang xpernah train diri utk gune perktaan tu...
mungkin kne start sekarang...
well, sbelum ade hati2 yang terasa...its better for me to say sorry..
orang kate "sorry" tu magic word...
tp bg aku..."thatz my word"...
mungkin sebab aku selalu buat salah...and da terbiasa guna perkataan tu...
tp sememang nyer aku ikhlas sgt bile say "sorry"...
nak di jadikan cerita....
when i send msg to one of my friendz to apologize about my diktator behavior,
my frenz tu reply this msg:
"Aq xde rse cm2 pown..... Rilek r kt kn best frend....haha"
my reaction:
BEST FRIEND?? adakah aku semakin trauma dengan word tu...
is that true that i need another best friend in my life and get hurt again??
adakah die akan menjadi seperti my last best friend??
erm...
i need to rest my mind right now...i mean it....
p/s: adakah die pengganti??
Tuesday, February 22, 2011
focus
Its 12:02 on 22/2/11
Tak boleh nk tido sebab still banyak tak study lagi...
Exam marketing Prof. Zainal mmg xdapat nk dijangka kan susahnya....
Kalau tidak, masa kan ramai ex-dip yang drop subjek tu...
Patutnye aku memikirkan macam mane nak menjawab exam tu besok pagi...
Tapi jauhnye fikiran melayang menyebabkab exam tu seperti akan berlansung lagi seminggu...
Memikirkan bagaimana keadaan kawan baik ku di johor...adakah die mengingatiku??
”lupakan saje die” bisik hatiku...tapi mampukah aku melupakanya? Bantah otak ku...
Pengganti...ya, itu la yang paling layak untuk aku panggil kepada teman sekelasku yang aku rasakan semakin banyak masa aku luangkan bersamanya...
Masa belajar ku banyak ku luangkan bersamanya...mungkin kerana dia adalah budak dekan dalam kelas ku...selain itu, dia lah saja budak ex-dip yang dapat aku harapkan untuk menjadi penunjuk ajarku selain lecturer yang semakin sukar aku fahami ajaran nya...mungkin pemikiran profesor sukar dicapai oleh akal ”degree”ku, keluhku....
Pengganti untuk kawan baik ku?ahhh....mane mungkin...tp....
Besok exam...besok exam....
Itu yang patut aku fokuskan...bukan teman hidup yang perlu aku fikirkan sekarang....
Lebih baik aku fikirkan bagaiman untuk aku jauhkan diriku dari gosip meliar teman sekelas tentang ku dan seorang rakan sekelas ku yang lain....
Pada aku...perempuan yang baik tak sepatutnya mendapat gosip liar....
Lebih baik aku fokuskan, bagaimana harus aku lakukan untuk menjadi kekasih kepada yang Maha Pengasih...itu lebih baik bisik ku...ya, itu lebih sejuta kali lebih baik untuk aku fikirkan...
P/s: Ya, Allah...hanya pada-MU aku bergantung harap...permudahkan urusan ku...dan jauhkan kejahatan dari ku...kerna Kau jua lah yang menciptakan segalanya
Sunday, February 20, 2011
kecewa
“take care” “ sayang” “ ilove u” “jgn nakal2” etc. Itu semua ayat-ayat biasa digunakan bagi pasangan couple. Aku mulai pening dengan dunia sekarang dan diri aku sendiri.
Tanpa rasa bersalah pada Allah, ayat-ayat sebegitu dikeluarkan oleh seseorang kepada seseorang yang bukan muhrim. Ayat-ayat tu buat bulu roma aku meremang. Mungkin aku geli, mungkin juga aku menyampah. Aku tersengih sendiri dengan gelagat manusia. Mungkin bukan manusia tp musleem. Mungkin tanpa aku sedar, aku pernah gunakan kata-kata itu untuk seseorang yang aku yakin bukan muhrimku. Ya, aku tak pernah couple, aku tak pernah bercinta. Tapi aku pernah gunakan ayat sebegitu dulu.
Makin keliru dengan diri sendiri. Kenapa aku yang tak pernah couple ni, pernah menggunakan ayat tersebut. Teringin untuk menarik kembali kata-kata itu yang pernah aku hantar kepada seorang kawan. Tapi aku yakin terlajak perbuatan bukan mudah untuk ditarik kembali. Saat aku membaca ayat-ayat cinta pasangan couple di fesbuk, aku terasa tertampar. Aku geli, tp aku juga pernah menulis ayat-ayat itu. Kenapa lah aku tak geli ketika aku menulisnya dulu.
Air mata mula keluar bila mengenangkan dosa-dosa lepas. Tapi aku sedar, aku memang selalu kalah pada bisikan dan hasutan syaitan serta nafsu al-hawa’. Pengkhianatan berulang kali aku lakukan. Aku kata aku cinta Allah dan Rasululllah. Tapi sering juga hati ini terjatuh hati dgn manusia lain. Orang kata itu fitrah. Tapi bukan fitrah aku. “BUKAN AKU”
Aku melihat orang berpasangan, dan ya...memang naluriku juga ke situ. Tapi aku mahu kan HALAL. Aku yakin selagi Allah tak pertemukan aku dengan si dia, itu bermakna belum masaku. Perancangan Allah lah yang terbaik. Aku yakin dan aku beriman dengan itu.
“HARAM....HARAM...HARAM...” harus itu aku sematkan dalam diriku. Couple itu HARAM. Dan sememangnye aku menbencinya dari dulu. Allah selamatkan aku sejak lama dulu, sejak aku dilahirkan di dunia ini. Tidak pernah dalam hidup aku menginginkan couple. Tapi mungkin dek kerana naluri, adakala aku menginginkan pasangan hidup yang HALAL. Yang mampu berada disisi bila aku penat dan ingin bercerita tentang masalah. Belum masanya...ya belum masanya aku memikirkan itu...
Melihat gelagat umat yang melalaikan Allah, merupakan dorongan untuk aku tidak terjatuh ke dalam lembah jahiliyyah. Aku bersyukur. Tapi aku juga mahu mereka sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu mengundangan marah pencipta kepada ciptaan-Nya. Begitu mudah pencipta ingin menghancurkan ciptaanya. “kun fayakun”...just “kun fayakun”...
Aku sangat kecewa dengan diriku kerana aku lemah. Allah, bantu la hamba-Mu ini. Aku bimbang aku tak mampu pertahankan cintaku pada-Mu...
translator: me
p/s: tak mampu lagi kaki berdiri tegak~~~ ;(
satu
Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…
Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…
Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…
Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia
Thursday, February 17, 2011
cintanya
cintanya or his love...
Sunday, February 13, 2011
unexpected
Friday, February 11, 2011
birthday 23rd
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu
Thursday, February 3, 2011
answer
believe
hurt~~~and so much in pain....
Wednesday, February 2, 2011
MALAYSIA bukan balaci zionist kan??
Umum mengetahui yang dunia kini sedang kecoh dengan krisis yang melanda Mesir. Krisis paling buruk di bawah rejim Hosni Mubarak. Aku sendiri merasa gementar bila mengenangkan nasib mereka di sana. Tambahan ramai pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sana. Ratusan kawan-kawan aku yang pernah belajar bersama di Maktab Mahmud Alor Star dan Kolej Universiti Insaniah juga ramai yang terperangkap di sana. Belum dikira sanak saudara aku lagi.
Berikut adalah realiti keadaan student Malaysia di Mesir sekarang. Maklumat ini dihantar oleh seorang student yang sempat online di sana sebelum internet disekat sepenuhnya.
- mereka totally lost contact memandangkan internet & mobile network dah kena block.
- balai polis dibom dan penjara telah dipecahkan dan ramai banduan berkeliaran.
- ada rumah student yang kena rompak.
- mereka kekurangan makanan.
- ada pelajar kita dirogol di Cairo.
- they are totally in unsafe condition.
Sama-samalah kita berdoa agar semuanya selamat dan baik-baik saja. Mudah-mudahan tiada yang buruk berlaku. Diminta kepada pihak goverment supaya bertindak dengan cepat. Tolong bawa balik students Malaysia. Ini bukan krisis biasa. Turkey, US, India are sending planes to evacuate their citizens in Egypt. Malaysia????
Sumber: http://www.solihinzubir.com/2011/01/krisis-mesir-pelajar-malaysia-kena.html
TPU - Tak mustahil Krisis di Tunisia & Mesir akan merebak sampai ke Malaysia sekiranya KERAjaan Pusat yang ada sekarang masih meneruskan corak pemerintahan yang ada sekarang.
Dari laman FaceBook rakan-rakan di Mesir, kita dapat berhubung dan bertukar-tukar maklumat beberapa ketika sebelum semua bentuk talian komunikasi lumpuh sepenuhnya setelah dihentikan keseluruhan operasinya oleh Rejim Mubarak yang takut akan kebocoran maklumat dan perkembangan disana.
Terakhir sekali kita mendapat berita diatas dan juga beberapa maklumat yang amat menyakitkan hati... ada seorang ibu kepada pelajar pengajian Islam di Mesir telah menghantar email kepada TPM mohon supaya dibawa pulang semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir untuk keselamatan mereka tetapi malang sekali apabila TPM atau pihak yang berkenaan sekadar memberi respon - KERAjaan hanya membawa pulang pelajar dibawah tajaan MARA & JPA manakala yang lain-lain tidak akan dibawa pulang kerana "Tiada kepentingan"...
Beb... ni KERAjaan Negara apa ni..? Negara Islam..? KERAjaan Amerika pada masa ini tergesa-gesa menghantar pesawat khas untuk mengangkut rakyatnya pulang ke Amerika tanpa mengira siapa mereka asalkan warganegara Amerika dan KERAjaan Negara Islam Malaysia pula memilih "bulu"... rupanya tidak semua rakyat Malaysia ini penting... sejak bila wujudnya "Kasta" ni..?
Terakhir Wisma Putra mengeluarkan kenyataan bahawa Pelajar-Pelajar & Rakyat Malaysia di Mesir berada dalam keadaan selamat dan masih tiada keperluan untuk membawa mereka pulang. persoalannya, bagaimana Wisma Putra mengesahkan keadaan mereka..? adakah Wisma Putra telah berjaya menghubungi SETIAP PELAJAR & RAKYAT MALAYSIA di Mesir sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut..?
Dibawah ni aku pastekan beberapa maklumat dan respon yang dikutip melalui laman Facebook:
- Rashid Abdul Rahim ibu seorang pelajar pengajian islam di al-azhar ada e-mail kt TPM.. suruh bawak balik semua student2 kt sane.. tau ape jawapan yg dia dpt?.. dia cakap kerajaan bawak balik student2 tajaan mara dan jpa sahaja.. yg kebanyakkan depa student2 medic anak2 dato'.. yg student pengajian islam katanya tiada kepentingan tuk dibawak balik.. wallah hu alam.. sumber dari kawan di mesir..
- MamaRikishi NorwatiAriffin setau aku, pagi tadi berita bagitau, menteri dia kata tiada keperluan lagi utk bawak pulang pelajar malaysia di mesir. bukan ke menteri dia tu org umngok.dia nk tunggu mmg ada yg kena rogol baru nak bagi kenyataan " saya sangat kesal dengan apa yg berlaku" dh tu mmg ayat yg slalu digunakan
- Adi Nordin tambah sikit topeng perak... kerajaan malaysia kata kalau pelajar malaysia nk pulang boleh tp hendaklah dibiaya sendiri tiket kapal terbang... pelik syarikat kroni nk lingkup boleh plak dorang bailout..
- Nor Syuhada Jafry dapat cal adik d mesir td tp trputus, katanya bekalan makanan smakin brkurang, kedai pasaraya drompak, keselamatan xtrjamin, keta kebal polis n tentera da sj kat jalan2 utama, adik sy course Medic tajaan JPA namun xda prncangan pun utk bawa mreka balik, mak ayah sy risau spnjang masa..km hnya blh berdoa n solat hajat bila TPM kata kau nak balik sila biaya sndiri
- Nor Syuhada Jafry nak p bank amik duit pun xboleh mcm mn nak beli tiket balik, then kedutaan nasihatkan pinjam duit kawan, aduhai kawan 2 pun nak guna duit la dlm keadaan darurat ni
Beb... Berapa sangat la kos untuk bawa balik Rakyat Malaysia di Mesir berbanding dengan yang dah Fat Lady Of Malaysia habiskan untuk joli..? berapa banyak sangatlah kos untuk selamtkan Rakyat Malaysia di Mesir berbanding dengan yang KERAjaan dah habiskan untuk selamatkan Syarikat Kroni yang dah nak mampos..?
Nak tunggu Rakyat Malaysia memenuhi jalanan dulu baru nak bertindak..? jangan sampai orang kata "Dah Terlambat..!"