peace =P

Sunday, March 8, 2009

aq silap..




Setelah 21 tahun aq hidup di dunia..aq sangka kan semua orang di sekeliling aq adalah normal…normal dari segi segalanya…namun ternyata aq silap bila aq ditakdirkan untuk berjumpe dengan seseorang yang aq tak pernah rancang untuk berjumpe..sesungguhnya Allah itu maha perancang…
Terus terang aq kate kan…aq silap bila sahaja aq sangka kan bahawa semua disekeliling aq yang nampak luaranya normal, namun hakikatnya tidak… pada awalnya aq tidak ingin berkongsi kesah hidup bertemunya aq dengan nya…namun pada saat aq menulis perkongsian ini, aq berasa sangat sedih dengan dirinya… sebelum nie banyak juga yang bende yang menyedihkan berlaku antara kami.. tapi ternyata kali nie seolah-olah aq ingin menitiskan air mata….

Mungkin dirinya yang agak lost membuatkan aq kesian dengan die.. tapi malam nie, ape yang membuatkan aq terlalu sedih adalah bila sahaja die lansung tidak mengenal kekasih bagi semua umat islam iaitu Nabi Muhammadd s.a.w… die membaca sebuah buku yang aq pinjam dari kakak angkatku mengenai mencontohi Rasulullah saw… dan secara tiba-tiba die bertanye tentang isteri-isteri baginda.. lalu aq menjawab.. namun pertanyaan nya mengenai Rasulullah saw yang terlalu banyak menybabkan aq berfikir, die tak pernah ke dengar atau kenal Rasulullah saw.. dan aq cuba bertanya padanya mengenai tarikh lahir Rasulullah saw dan ternyata die tak mampu untuk menjawab soalan tu.. dan aq teruskan pertanyaan mengenai nama ibu, isteri dan anak kesayangan baginda… dan soalan itu juga die tak mampu untuk memberikan jawapan yang tepat… aq sedih seolah-olah ingin menangis di situ juga…namun aq tahan perasaan ku dan teruskan perbincangan dengan sahabatku itu…

Selama aq berada di dunia sebagai seorang mahasiswa, aq sering bekerja sama dengan pihak pusat islam untuk melaksanakan hari-hari kebesaran islam..biar pun aq terpaksa balik pada pukul 2 pagi untuk melaksanakan program-program seperti maulidur rasul, maal hijrah, Palestine programme, isra’ mikraj dan lain-lain program… namun bila sahaja aq bertemu dengan sahabat aq yang seorang nie, aq seolah-olah merasakan bahawa program seperti itu lansung tak dapat menanmbat hati umat-umat islam secara batinya.. 3 tahun aq bertungkus lumus untuk bekerja sama dengan pihak pusat islam… selama 3 tahun itu jugalah sahabat ku ini lansung tak pernah datang untuk memeriahkan rumah Allah…aq sedih…bukan aq ingin mengungkit tentang kepenatan yang aq alami selama ini, namun aq sedih apabila masih ada umat yang masih tidak mengenal Rasulullah saw… syarat rukun islam yang pertama is mengucap dua kalimah shahadah (“aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi Muhammad itu pesuruh Allah”). So, tak kan la umat manusia islam terutamanya tidak lansung ade hati untuk mengenal siapa kah lelaki yang kite sebut dalam solat kita seharian?? Aq sedih…

Aq silap, aq salah dan aq lah juga yang berdosa…

Aq kenal siapa dia lelaki yang bernama Muhammad itu dan ternyata aq tidak bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan lelaki itu kepada semua umatnya di kampus ku itu…aq bersalah bila aq tak mampu menahan sebak hatiku bila sahabatku lansung tidak mengenal siapakah lelaki yang bernama Muhammad bin Abdullah ini…

Selama 21 tahun aq hidup, ternyata aq silap bila aq merasakan semua orang sekelilingku adalah normal (mengenal apa itu islam secara keseluruhanya).. 21 tahun aq hidup dengan rasa cinta pada hanya seorang lelaki iaitu Muhammad bin Abdullah (Rasulullah saw) dan aq lansung tak meluangkan masaku untuk memperkenalkan nya pada orang lain..

Benarlah kata kakak-kakak angkatku, kalau kite mampu memiliki sebuah Negara islam pun, namun individu rakyatnya masih bukan merupakan muslim yang mengenal apa kah islam itu sebenarnya (bukan sekadar shahadah,solat, zakat, puasa, naik haji namun keseluruhan kehidupan), maka negara itu, tetap bukan sebuah Negara islam…

Begitu juga yang ku rasakan, biar banyak mana program yang aq telah curahkan seluruh tenaga aq untuknya semata kerana ingin mengenalkan islam pada mahasiswa yang ada di kampus tu, namun tu semua sia-sia. Apa yang utama sekarang adalah, kite perlu bentuk individu muslim dan cara yang terbaik adalah ikatan hati ke hati (dakwah fardiyyah)… dan jika kita mampu melakukanya, maka masalah lain tak akan timbul kerana jika kita ada sepohon pokok yang ingin mati, mana mungkin kita merawat dahan nya, jika yang menyebabkan pokok itu bakal mati adalah akarnya…apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah merawat akarnya bukan batang, dahan ataupun ranting…. Begitu lah kita sekarang… umat tengah sakit, perlulah kite rawat punca sakitnya bukan gelojoh dan terus sahaja ingin memberi ubat yang kononya mampu menyembuhkan penyakit…

Wahai diri,
Sedarlah hidup ini sementara,
Tiada masa untuk membenci,
Jika mereka bertanya jawablah,
Jika mereka berkongsi, dengarlah,
Jika mereka tidak tahu, beri tahulah,
Jika mereka tidak mahu mendengar,
Sesungguhnya tugasmu hanya menyampaikan..

Dan..
Jika mereka ingin berbalah jauhilah,
Kerana berbalah itu hanyalah perbuatan yang sia-sia
Tidak membawa sebarang amal..
Dan..
Jika ada yang menghalangi jalanmu,
Jangan pernah hentikan langkah mu,
Kerna sekali kau memulai, jangan biar ia terhenti..
Kerna sekali ia berhenti,
Ia akan kerap merindui perhentian..

Wahai diri,
Percayalah…
Sesungguhnya jalan ini tidak ditaburi bunga-bunga yang harum,
Tapi penuh dengan duri yang tajam dan menyakitkan,
Jika terluka,bersabarlah,
Jika kesakitan, tersenyumlah,
Dan jika mati, biarlah shahid....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

try tengok

advice (10) aku (24) art (11) bestfrenz (2) cerpen diri (1) cinta (54) dakwah (16) daurah (19) diaries (95) english (11) fakta (1) family (1) free (5) friend (29) gaza (4) hadith (2) hurt (4) iklan (1) insaf (37) islamic (37) jihad (7) jiwakacau (16) lirik (10) love (55) lyrics (7) nasyid (7) o (13) palestine (7) perantau (12) photography (10) puase (7) sahabat (35) sajer jer (38) share (3) sharing (208) soalan (52) stalker (4) tazkirah (17) usrah (15) video (5) wordless wednesay (1)