peace =P

Saturday, February 28, 2009

mereka tidor..







dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang...

aq di beri satu gambaran situasi dimana, ketika aq telah terjaga dari lenaku, lantas ku melihat ramai di antara mereka yang berada di sekelilingku masih nyenyak tidur..
mungkin di buai mimpi yang indah dan nyaman...keseronokan mimpi menyebabkan mereka tidak mahu kembali ke dunia nyata...

terus terang aq katekan...memang mimpi itu indah namun padaku dan hakikatnya, ia tetap mimpi...

tiba-tiba kebakaran berlaku di situ...keadaan api yang semakin marak menyebabkan aq cemas..apa yang harus aq lakukan?? adakah aq harus menyelamatkan diri aq sendiri?? atau aq harus mengejutkan mereka yang berada disekelilingku untuk bangun dan selamatkan diri bersamaku...aq bimbang, jika aq hanya menyelamatkan diriku sendiri, orang akan menyalahkan ku jika sahabat-sahabatku,ibu bapaku, saudara2 ku mati dalam kebakaran...mereka akan bertanya mengapa aq tidak menyelamatkan mereka...aq bimbang..aq bimbang aq juga akan di persalahkan kerana aq yang sedar tidak mengejutkan mereka yang lena di buai mimpi...lantas aq mengambil keputusan untuk kejutkan mereka dari lena tidur mereka yang pastinya amat indah...puas aq menjerit sepenuh tenagaku, puas aq berusaha untuk kejutkan mereka dan puas juga aq menangis mengenangkan apa yang akan berlaku jika aq tidak mampu mengejutkan mereka...

api semakin marak...keadaan semakin genting...namun masih ada di antara mereka yang tidak mahu menyahut panggilan ku...aq hanya cuba untuk menyelamatkan...aq menangis..aq menangis dan terus menangis...setelah itu, tanpa aq sedari aq telah pun terluka, terhiris, berdarah hanya semata kerana ingi menyelamatkan mereka yang masih tidur...puas aq mengejutkan mereka namun mereka menepis tangan ku sehingga mengalir darah merahku tanpa henti... namun aq teruskan jua usahaku...aq pasti, aq akan berjaya mengejutkan mereka sebelum api yang marak memakan diri mereka...

tidak kurang juga maki hamun yang aq terima kerana mengejutkan mereka dari lenanya...sambil menahan air mata aq tetap berjuang untuk menyelamatkan mereka...aq tidak mahu dipersalahkan kerana aq tidak berusaha menyelamatkan mereka...

ada diantara mereka yang dapat aq kejutkan..ternyata mereka turut sedar tanggungjawab mereka untuk mengejutkan mereka yang lain (yang masih hanyut di buai mimpi)..tanpa berlengah semaikn ramai yang membantuku dan tidak kurang juga mereka yang terus tidur...

api semakin dekat...kami semua tidak mampu untuk berbuat apa2 lagi kerana ternyata api sudah dekat dan telah memakan mereka...mereka menjerit meminta tolong, namun ternyata saat itu, aq dan yang lain tidak mampu berbuat apa2 lagi...

sedih melihat mereka yang terbakar di jilat api...kami menundukan muka...
ternyata yang lain bertanyakan apa yang telah kami lakukan untuk menyelamatkan semua orang semasa kebakaran itu berlaku...kami cuma bercakap benar apa yang telah kami perlakukan...ternyata mereka lansung tidak menyalahkan kami kerana kami telah melakukan apa yang kami terdaya....sesungguhnya kami telah berusaha dan itu lah tugas kami yang sedar..untuk mengejutkan yang sedang tidur..namun, jika yang tidur masih tidak mahu dikejutkan...tugas kami hanya lah mengejutkan dan memberi tahu....


apa yang dapat kita lihat dari cerita dia atas atau gambaran dia atas adalah...

semua umat sekarang masih lena di buai kenikmatan dunia yang sementara dan lupakan akhirat yang abadi...terdapat segolongan umat yang akan menyedarkan umat yang di buai dunia ini mengenai akhirat yang abadi...
walaupun di maki dan di hina..malah ada yang diseksa..namun dakwah tak pernah sekali-kali akan terhenti...walaupun sakit, ia tetap berjalan...sehinggalah sampai hari yang dinantikan (hari kiamat) di mana, amalan tidak lagi dihitung...
saat itu, mereka yang hanyut dengan kenikmatan dunia akan merayu-rayu untuk dibantu..
namun apakan daya..sewaktu di dunia mereka jua yang tidak mahu mendengar dan melihat..kini mereka merasakan siksaan akibat perbuatan mereka sendiri....
dan sesungguhnya, tugas seorang dhuat hanyalah menyampaikan...

walaupun kamu menginfakan seluruh harta mu, sesungguhnya kamu tidak akan mendapat menyatukan hati-hati itu..kerana Allah lah yang menyatukan hati-hati itu...

dan tugas mu hanyalah menyampaikan....

Allahu'alam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

try tengok

advice (10) aku (24) art (11) bestfrenz (2) cerpen diri (1) cinta (54) dakwah (16) daurah (19) diaries (95) english (11) fakta (1) family (1) free (5) friend (29) gaza (4) hadith (2) hurt (4) iklan (1) insaf (37) islamic (37) jihad (7) jiwakacau (16) lirik (10) love (55) lyrics (7) nasyid (7) o (13) palestine (7) perantau (12) photography (10) puase (7) sahabat (35) sajer jer (38) share (3) sharing (208) soalan (52) stalker (4) tazkirah (17) usrah (15) video (5) wordless wednesay (1)