peace =P

Monday, January 26, 2009

mengorat dan di ngorat ALLAH

Abdullah = Hamba Allah

Khalilullah = Kekasih Allah

Taukah anda Nabi Ibrahim a.s memiliki taraf Kekasih Allah (Khalilullah) di sisi Allah dan Nabi Muhammad s.a.w memiliki taraf Hamba Allah (Abdullah) di sisi Allah...

Mase ana di tanye dengan soalan macam nie, ade satu bende yang tak tercapai akal ana untuk fikirkan...kenape Rasulullah s.aw mendapat taraf Hamba Allah dan bukan nya kekasih Allah seperti mana Nabi Ibrahim a.s...tapi itu lah yang menarik, bile kite duduk dalam dunia tarbiyyah...bile mane kite duduk dalam dunia tarbiyyah, otak kite akan sentiasa terfikir sesuatu yang mane sebelum ini kite tak pernah terfikir...

Soalan nie buat ana terfikir, tahap manakah kite di sisi Allah...

Dalam surah Al-Isra’:1

1. Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

So kat sini kite dapat lihat bahawa Allah menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hamba Allah...

Tahukah anda mane satu taraf yang lebih tinggi di sisi Allah??adakah Abdullah iaitu hamba Allah atau Khalilullah iaitu kekasih Allah??

Meh sini nak share skit...hehe..ape yang berlaku pada kekasih dan kekasih??dan apa yang berlaku pada seorang hamba dan tuanya??

Nabi Ibrahim a.s merupakan kekasih Allah di mana Allah menguji Nabi Ibrahim a.s dengan pelbagai ujian dalam perjalanan hidupnya. Antara contoh ujian yang dihadapi nabi Ibrahim a.s adalah tentangan dari kaumnya dan terpaksa meninggalkan kampung halamannya, berkahwin dengan gadis yang cantik (sarah), meninggalkan isteri dan anak di padang pasir, dan di uji untuk menyembelih anak sendiri (kesah sempena Hari Raya Qurban). Apa yang Nabi Ibrahim a.s lakukan dengan ujian-ujian yang telah Allah berikan??percayalah...Nabi Ibrahim a.s telah melakukan apa sahaja perintah yang Allah suruh semata-mata untuk menunjukan rasa cintanya pada Allah dan Allah membalas cinta Nabi Ibrahim a.s dengan memberi redhanya pada nabi Ibrahim a.s..ini lah yang kite katekan kekasih...di mana terdapat give n take antara keduanya...macam gak dengan kekasih yang lain (contoh suami isteri la yer...). Kite mesti lah nak uji kekasih kite agar kite boleh memberi kasih dan cinta kite pada kekasih kite tu jika kekasih kite mampu melakukan ujian-ujian yang kite beri...betul tak???hehe...so, itu lah tahap Nabi Ibrahim di sisi Allah...maka nya, hakikat Khalilullah itu adalah seperti “Allah mintak Nabi Ibrahim melakukan sesuatu supaya Allah memberi redha Allah kepada Nabi Ibrahim..”

Bagi tahap Abdullah pula..maksudnya sudah cukup memaksudkan apa yang hendak di nyatakan...apa kah yang sering seorang hamba lakukan untuk tuanya??apa yang rasulullah s.a.w buat sepanjang kehidupan baginda?? Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a di mana ketika Rasulullah s.a.w bersolat malam sehingga bengkak-bengkak kaki baginda.. Aisyah bertanye kepada Rasulullah s.a.w , kenapa engkau bersolat malam sehingga bengkak-bengkak kakimu sedangkan dosa-dosamu yang lepas dan yang akan datang telah di ampun kan...then, apa yang rasulullah jawap??Rasulullah s.a.w menjawab, walaupun aku telah dijanjikan syurga, patutkah aku menjadi seorang yang tidak bersyukur??..so, kat sini kite dapat lihat bahwasa nya Rasulullah s.a.w melakukan sesuatu atas dasar dirinya seorang hanba yang harus bersyukur..di mana Allah balas tau tidak apa yang baginda lakukan, baginda tetap akan melaksanakan... di sini kita dapat lihat sifat kehambaan yang ada dalam diri Rasulullah s.a.w terhadap penciptanya...

Dalam satu ayat surah Al-Baqarah : 144

144. Kerap kali Kami melihat Engkau (Wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan Engkau berpaling mengadap kiblat Yang Engkau sukai. oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. dan Sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui Bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah Yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang mereka lakukan.

Di sini kita dapat lihat bagaimana Allah melakukan sesuatu agar Nabi Muhammad s.a.w redha kepada Allah...sedang kan bagi tahap Khalilullah tadi Allah melakukan sesuatu agar Allah akan memberikan redhanya. Tapi di sini Allah buat sesuatu untuk membuatkan Nabi Muhammad s.a.w redha pada Allah.. dengan ini, kite dapat lihat di mana tahap Abdullah (Hamba Allah) itu adalah lebih tinggi daripada Khalilullah (kekasih Allah)...

Apa yang hendak di sampaikan di sini adalah, kite sebagai khalifah di muka bumi ini harus sedar dan menjadikan nabi-nabi dan rasul-rasul sebagai contoh dalam melakukan tugas kita sebagai khlifah seperti satu ayat: surah Al-Ahzab:21

21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Memang kite tidak mampu pun untuk mencapai tahap Khalillullah apatah lagi Abdullah..namun, adakah bermakna kite tidaka da usaha dalam menjadikan diri kita sebagai Hamba yang mengharap Redha Allah??syurga yang kita mahu kan..maka mohon lah pada pemilik syurga itu..Insya-Allah, Allah tidak akan men sia-siakan doa hamba nya..

Seperti mana yang terdapat di dalam satu hadis..ana petik dari mesej kawan ana yang di send by sms..perbualan antara jibril dan Allah...

Jibril bertanya: kenapa tidak diperkenankan sahaja doa hamba-Mu itu?? Dan Allah menjawab : biarkan sahaja hamba-Ku itu, sesungguhnya Aku mencintai suaranya...

Kite sebagai hamba, tak rase terharu ke??ana rasa nak menangis jer waktu dapat mesej nie...thankz nadia atas mesej yang enti hantar...insya-Allah ana dan rakan-rakan doakan antum terus tsabat di jalan ini walaupun berada jauh die semporna, sabah...

Ape2 pun..inilah salah satu tajuk daurah yang sangat ana suke walaupun punya lah pening waktu mula-mula nak menjawab beza khalillullah dan Abdullah...

Ana harap antum yang baca nie faham la ape yang nak ana sampaikan..hehe

Kalau tak faham, antum tanye la yer...ana nie hanya lah hambe yang sangat lemah....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

try tengok

advice (10) aku (24) art (11) bestfrenz (2) cerpen diri (1) cinta (54) dakwah (16) daurah (19) diaries (95) english (11) fakta (1) family (1) free (5) friend (29) gaza (4) hadith (2) hurt (4) iklan (1) insaf (37) islamic (37) jihad (7) jiwakacau (16) lirik (10) love (55) lyrics (7) nasyid (7) o (13) palestine (7) perantau (12) photography (10) puase (7) sahabat (35) sajer jer (38) share (3) sharing (208) soalan (52) stalker (4) tazkirah (17) usrah (15) video (5) wordless wednesay (1)